Jadilah Insan Bebas Dadah - dari kami untuk semua...


Hai.. jika ada sebarang masalah sila hubungi kami di Bilik Sumber PPDa@Bilik Kaunseling. Jangan pendamkan masalah anda. Dapatkan khidmat guru kaunseling anda dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.




Dari kami:
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Bilik SumberPPDa
JK Kelab Setia
Read more

Bilik Sumber PPDa SMK Seri Samudera 2009

Bilik ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Ruang Pameran dan Bilik Bacaan. Telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung 28 Februari 2009. Sokongan pihak PPD Manjung menjadikan Bilik Sumber tahun ini lebih selesa. Bilik Bacaan dilengkapi dengan penghawa dingin. Pelajar-pelajar dialu=alukan untuk menggunakan bilik ini untuk mendapatkan bahan atau maklumat. Selain maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah terdapat juga maklumat lain. Bahan-bahan yang terdapat dalam bilik bacaan adalah sumbangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan agensi=agensi kerajaan yang lain.
Read more

Serampai Kata Pengetua


Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Apa khabar pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Seri Samudera? Harapan saya agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan terus memberi sumbangan kelas pertama dalam setiap bidang yang diceburi.

Tahniah kepada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Seri Samudera kerana berjaya menghasilkan Blog Sahabat PPDa ini. Kewujudan blog ini diharap menjadi wadah menyampaikan maklumat dan komunikasi antara Unit PPDa dengan warga sekolah.Kewujudan blog ini menjadi salah satu media maklumat yang boleh disampaikan kepada masyarakat selain dari kewujudan blog atau laman sesawang lain.

SMK Seri Samudera memliki Bilik Sumber PPDa. Diharap semua warga sekolah menggunakan sepenuhnya bilik sebagai sumber maklumat mengenai pencegahan dadah, rokok, inhalan, arak dan sebagainya. Pihak sekolah menyokong penuh kewujudan bilik ini sebagai usaha merealisasikan Visi Ppda iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012.

Bilik Sumber PPDa yang diwujudkan perlu menjadi pusat sehenti pertemuan anggota masyarakat untuk bertukar-tukar fikiran di samping mendapatkan maklumat berkaitan melalui brosur dan poster yang dibekalkan. Ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Pertahanan Awam, Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri dan pihak swasta yang membekalkan bahan rujukan. Saya berharap Bilik Sumber PPDa terus meningkatkan fungsi agar terus menjadi rujukan utama masyarakat Daerah Manjung khususnya dan Negeri Perak amnya.

Hajah Rosidah Abdul Shukor
Read more

Kami Benci Dadah


Read more

SMK Seri Samudera & PPDa

Menuju puncak

SMK Seri Samudera

SMK Seri Samudera terletak di kawasan Manjung Raya, Seri Manjung. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari perumahan dikelilinginya seperti Taman Desa Manjung Point, Taman Samudera Baru, Manjung Point Syeksen 1, 2 dan 3, Taman Desa Bayu dan Taman Samudera. Sekolah mula beroperasi pada tahun 2001. Motto Sekolah ialah "Menjana Insan Kamil". Pengetua Pertama ialah En. Adli Toh Keejo. Pengetua sekarang ialah Puan Hajah Rosidah Binti Abdul Shukor. Pengerusi PIBGnya ialah En. Abu Bakar Bin Basir.

Jumlah muridnya ialah seramai 1300 orang.

Bilik Sumber PPDa

Sekolah ini mempunyai sebuah Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah yang mewakili negeri Perak dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa 2008. Tahun 2009 sekali lagi Bilik Sumber PPDa SMK Seri Samudera menjadi Johan Negeri dan mewakili ke peringkat Kebangsaan. Bilk Ini menjadi pusat sehenti kepada pelajar, masyarakat daerah Manjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Sokongan Pejabat Pelajar Daerah, Jabatan pelajaran Negeri dan Agensi Anti Dadah Daerah memberi semangat kepada guru-guru PPDa SMK Seri Samudera untuk terus mencipta kecemerlangan.

SMK Seri Samudera telah menjadi Johan pertandingan e-PPDa peringkat Kebangsaan pada tahun 2007. Iaitu pertandingan membina dan persembahan MS Power Point bertajuk Masyarakat Madani Tanpa Dadah. Tahun 2008 Naib Johan Peringkat Negeri. Tahun 2009 sekali lagi telah menjadi Johan peringkat Negeri. Jun ini akan bertanding peringkat kebangsaan di Kedah Darulaman.
Read more
 
Shofiyan Shafii