Serampai Kata Pengetua


Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Apa khabar pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Seri Samudera? Harapan saya agar semua dalam keadaan sihat sejahtera dan terus memberi sumbangan kelas pertama dalam setiap bidang yang diceburi.

Tahniah kepada Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Seri Samudera kerana berjaya menghasilkan Blog Sahabat PPDa ini. Kewujudan blog ini diharap menjadi wadah menyampaikan maklumat dan komunikasi antara Unit PPDa dengan warga sekolah.Kewujudan blog ini menjadi salah satu media maklumat yang boleh disampaikan kepada masyarakat selain dari kewujudan blog atau laman sesawang lain.

SMK Seri Samudera memliki Bilik Sumber PPDa. Diharap semua warga sekolah menggunakan sepenuhnya bilik sebagai sumber maklumat mengenai pencegahan dadah, rokok, inhalan, arak dan sebagainya. Pihak sekolah menyokong penuh kewujudan bilik ini sebagai usaha merealisasikan Visi Ppda iaitu Sekolah Bebas Dadah 2012.

Bilik Sumber PPDa yang diwujudkan perlu menjadi pusat sehenti pertemuan anggota masyarakat untuk bertukar-tukar fikiran di samping mendapatkan maklumat berkaitan melalui brosur dan poster yang dibekalkan. Ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Pertahanan Awam, Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri dan pihak swasta yang membekalkan bahan rujukan. Saya berharap Bilik Sumber PPDa terus meningkatkan fungsi agar terus menjadi rujukan utama masyarakat Daerah Manjung khususnya dan Negeri Perak amnya.

Hajah Rosidah Abdul Shukor

0 comments:

Post a Comment

Catatkan sepatah dua perkataan sebagai tanda sokongan anda.

 
Shofiyan Shafii